Beauty Within You!

Produk

behttp://www.bellavita.com.my/wp-content/uploads/2012/11/bahan-bahan-bellavita.pngllavita

Ramai orang menderita kerana mengalami masalah kulit, sendi, dan penyakit-penyakit degeneratif. Atasi masalah ini dengan meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan badan secara menyeluruh dengan pengambilan BellaVita™ untuk kehidupan yang lebih sihat dan bermakna. Tentukan masa depan anda hari ini untuk gaya hidup lebih sihat dan ceria dengan produk BellaVita.

  • Setiap paket produk BellaVita mengandungi 5000mg peptida kolagen marin premium dari Jepun yang berfungsi untuk menyokong keanjalan dan keremajaan kulit. Ia juga sangat bermanfaat untuk tulang, sendi, rambut dan kuku. BellaVita diformulasi dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di Perancis, ianya adalah sumber utama antioksidan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencegah penyakit degeneratif. Prebiotik yang berkualiti tinggi adalah salah satu ramuan aktif BellaVita yang membantu untuk mengimbangi mikro-flora di dalam usus dan membina semula sistem usus yang sihat. Secara langsung, badan akan menyerap kolagen dan nutrien yang lain dengan lebih efektif.

    BellaVita juga mengandungi Acai Beri dari Brazil, Resveratrol, Glutathione, Asid Hyaluronik, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Biji Anggur, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Kacip Fatimah dan Ekstrak Akar Maca dari Peru, yang amat berkesan untuk menjadikan anda lebih muda dan cantik. Campuran premium ini menggabungkan ramuan berjenama dan bermutu tinggi untuk membantu mengekalkan kecantikan luar dan dalam supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sempurna.
  • bahan-bahan-bellavita
  • Produk BellaVita ™ membuktikan kecantikan Itu datang dari dalam dan ini dapat dibuktikan melalui khasiat berikut:
    • Mencegah Penyakit Barah
    • Mengurangkan Kedutan & Garis-Garis Halus
    • Menggalakkan Pertumbuhan Semula Kolagen
    • Menguatkan Kuku & Rambut
    • Mengelakkan Pembekuan Darah – Strok
    • Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
    • Membantu Menurunkan Tahap Gula
    • Menurunkan Tekanan Darah
    • Merendahkan Tahap Kolestrol
    • Mengelakkan Osteoporosis
    • Melancarkan Sistem Penghadaman
    • Anti-Bakteria, Anti-Kulat & Anti-Virus
    • Mengurangkan Berat Badan
    • Mengurangkan Pembendungan Air
    • Membantu Membuang Toksin
    • Menggalakkan Tidur Yang Nyenyak & Tenang
    • Meningkatkan Tenaga & Stamina Badan
    • Meningkatkan Keinginan Seksual
    • Menstabilkan Hormon
    • Membantu Melegakan Resdung
    • Mencegah Penyakit Lelah
  • Pengambilan supplemen boleh bermula pada mana-mana peringkat umur. Ramai orang yang berminat untuk mengambil supplemen khuatir kerana mereka mungkin terlalu muda atau terlalu tua. Sama ada anda berada dalam lingkungan umur 20-an, 30-an, 40-an atau lebih tua, anda boleh mula mengambil langkah untuk melawan tanda-tanda penuaan dengan menggabungkan produk BellaVita dalam diet harian. Siapakah yang patut mengambil BellaVita?
    • Ingin Mengambil Pendekatan Pro-Aktif Dalam Mengekalkan Kesihatan
    • Sentiasa Terdedah Kepada Sinar UV Matahari
    • Menghidap Diabetes, Kolesterol, Sakit Jantung & tekanan Darah tinggi
    • Sering Berada Dalam Persekitaran Yang Berhawa Dingin
    • Perokok Yang Aktif & Pasif
    • Kadar Metabolisma Yang Rendah
    • Hormon Yang Tidak Stabil
    • Wanita Yang Baru Melahirkan
    • Keinginan Seks Yang Rendah
    • Ingin  Kulit Yang Putih & Sekata
    • Masalah Pigmentasi & Jeragat
    • Mengalami Masalah Parut Jerawat & Jerawat, Kedut, Kulit Kendur, Kulit Berminyak, Kulit Kering & Kulit Kusam.
    • Diet Yang Tidak Seimbang
    • Tidur Yang Tidak Mencukupi
  • Q: Apakah fungsi BellaVita?

    A: Sebagai minuman bernutrisi, BellaVita dapat membantu untuk meningkatkan vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk mengekalkan sistem imun yang sihat, membuang toksin dari badan dan mengganti serta memperbaiki sel-sel badan yang mati dan rosak. Nutrisi yang baik akan menjadikan badan lebih sihat dan muda dengan menyediakan vitamin, mineral, phyto-kimia dan antioksidan yang diperlukan oleh badan.

    Q: Mengapa kita perlu mengambil BellaVita?

    A: Dengan gaya hidup masa kini, kita terlalu sibuk dengan kerja dan kurang memberi perhatian kepada amalan pemakanan. Dengan mengambil suplemen tambahan, ia boleh membantu badan untuk mendapat nutrien penting, yang kurang di dalam hidangan harian anda.

    Q: Adakah BellaVita mampu merawat atau mencegah penyakit?

    A: Tubuh manusia memerlukan 90 nutrien yang penting untuk mencapai fungsi yang optimum, 60 daripada nutrien penting ini adalah ‘trace mineral’, 16 vitamin, 12 asid amino, dan 3 asid lemak. Apabila badan menerima kesemua nutrien ini, ia boleh membantu mencegah pelbagai penyakit. Ramai yang menderita kerana penyakit degeneratif seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, artritis, tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit lain lagi. Penyakit ini bukan dijangkiti malah terbentuk dan diperoleh kerana kekurangan vitamin, mineral, asid amino dan asid lemak yang diperlukan oleh badan. Penyakit-penyakit yang dijangkiti adalah disebabkan oleh patogen seperti bakteria, kuman, virus dan parasit. Cara terbaik untuk cuba mengatasi masalah kesihatan ini adalah dengan memastikan sistem imunisasi badan dalam keadaan yang baik dan kuat. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang diperlukan, maka sistem imunisasi badan juga akan menjadi lebih kuat dan mampu untuk melindungi badan dari patogen. Mengambil suplemen seperti Bellavita adalah cara yang terbaik untuk mencegah penyakit.

    Q: Saya muda dan sihat, adakah saya perlu BellaVita?

    A: Makanan harian anda mungkin tidak mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan, oleh itu kita perlu mengambil makanan tambahan seawal mungkin dalam mengambil pendekatan yang proaktif untuk mencegah penyakit. Anda perlu ingat bahawa setiap sel badan manusia memerlukan vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan glyco-nutrien untuk menggantikan sel-sel yang rosak dan mati. Apabila badan kekurangan nutrient-nutrien berikut ia boleh menyebabkan penyakit degeneratif. Dalam erti kata lain, badan kehilangan sel-sel lebih cepat daripada keupayaanya untuk mengeluarkan sel baru kerana kekurangan ‘bahan mentah’. Sebagai suplemen kesihatan yang diperkaya dengan kolagen marin peptida, prebiotik dan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran, BellaVita boleh meningkatkan kesihatan seseorang dengan membekalkan nutrien yang diperlukan. 9

    Q: Adakah BellaVita baik untuk sendi?

    A: Ya, BellaVita mengandungi ramuan aktif seperti Kolagen dan Asid Alpha-Lipoik yang berkesan untuk mengatasi keradangan termasuk keradangan sendi dan melindungi sendi daripada tekanan oksidatif. Ia juga mengandungi Asid Hyaluronik untuk meningkatkan kesihatan sendi dan mengekalkan kusyen sendi yang normal.

    Q: Adakah BellaVita dapat membantu untuk melindungi badan daripada kerosakan UV?

    A: BellaVita diperkaya dengan 28 jenis buah-buahan dan sayuran serta Ekstrak Biji Anggur yang akan memberikan kadar aktiviti antioksida yang tinggi, oleh itu ia akan melindungi kulit dan sel daripada kerosakan UV dari dalam. Ia juga mengandungi Glutathione yang akan menghalang pengeluaran melanin yang menjadikan kulit lebih cerah.

    Q: Adalah BellaVita baik untuk jantung?

    A: Ramuan di dalam BellaVita seperti Resveratrol, Oxyynea, Beri Acai dari Brazil berkesan dalam membantu merendahkan kadar kolesterol terutama LDL kolesterol (kolesterol tidak baik). Ia juga membantu mencegah pembentukan trombosis atau pembekuan darah dalam saluran darah sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan sebagainya.

    Q: Selain daripada itu, apakah faedah lain BellaVita?

    A: Selain daripada sendi, jantung dan perlindungan kulit, BellaVita juga baik untuk sistem imunisasi badan dan kesihatan sistem usus. Ia juga akan membantu untuk meningkatkan tenaga dan daya tahan, merawat PMS dan simptom Menopaus, dan meningkatkan keinginan seksual.

    Q: Bagaimanakah cara pengambilan BellaVita?

    A: Ia disarankan untuk mengambil sebanyak 2 sachet setiap hari. Ini dapat memberikan manfaat bersamaan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza setiap hari. Ianya cara yang terbaik untuk meningkatkan tindak balas imunisasi badan dalam melawan jangkitan virus dan membantu mengukuhkan pertahanan badan terhadap penyakit.

    Q: Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil BellaVita?

    A: Ia disyorkan untuk mengambil BellaVita pada waktu pagi sebelum sarapan, atau waktu malam sebelum tidur. Pada waktu pagi, penyerapan nutrien ke dalam badan berada pada kadar optimum manakala pada waktu malam, proses pembaikan sel-sel badan berlaku.

    Q: Berapa lama saya boleh melihat hasilnya?

    A: Setiap individu mempunyai tindak balas yang berbeza. Biasanya, anda boleh melihat perbezaan dalam masa 6-28 hari. Sesetengah orang mungkin akan dapat melihat kesan dalam masa yang singkat manakala yang lain mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana faktor usia dan keadaan kesihatan yang berbeza. Adalah dinasihatkan untuk mengambil BellaVita secara berterusan untuk memperolehi keputusan yang terbaik. 10

    Q: Apakah kesan sampingan BellaVita?

    A: BellaVita diperolehi dari bahan-bahan semulajadi, ianya tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Bahan-bahan ini dipantau dengan teliti untuk memastikan kualiti yang bermutu tinggi dan selamat untuk dimakan. Ianya sebaik makanan semulajadi yang dimakan setiap hari.

    Q: Adakah ianya selamat untuk wanita hamil mengambil BellaVita?

    A: Wanita mengandung hendaklah terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor

  • BellaVita telah mendapat sijil-sijil yang mengesahkan ianya 100% HALAL, GMP dan produk Buatan Malaysia.

     

Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan produk BellaVita sila pilih produk dibawah:

Produk Popular BellaVita

Kembali ke atas